“Harap jadilah raya” – Tak Sabar Nak Raya, Anak Kongsi Video Mak Semangat Cat Rumah!

Entertainment
16 Mar 2022 • 3:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sepanjang wabak Covid-19 ini menular di Malaysia, korang dah berapa kali beraya di kampung halaman bersama keluarga?

Kalau ada yang bernasib baik kampung dekat atau memang menetap bersama ibu ayah bersyukur lah boleh beraya bersama. Tapi kepada para perantau di kota tu mesti dah banyak kali tak berpeluang beraya dengan sanak-saudara kan?

Tak apa jangan sedih…Pasti bukan kita je yang rindu nak beraya bersama, ibu bapa di kampung pun tak sabar tunggu anak cucunya balik, betul tak?

Seperti perkongsian di laman TikTok yang dimuat naik oleh saudari Aida Rahayu ini, terlihat ibunya sungguh bersemangat buat persiapan nak sambut raya nanti!

@aidarahayurahman

Boleh fyp tak mak aku nie..malam malam pas pasang langsir dia mengecat pulokkkkk….#fypシ #fyp #fypdongggggggg #DuetDenganIkhlas

♬ original sound – shazikTV – shazikTV

Menurut anaknya ini, ibunya itu punya lah semangat nak raya sampai sanggup malam-malam pasang langsir baru dan cat rumah!

“Harap jadi lah raya…kalau tak jadi, mahu mak aku depression”

Perkongsian Aida yang hanya berdurasi 15 saat ini telah berjaya membuat ramai yang merindui ibu masing-masing di kampung halaman!

Bukan itu sahaja, ramai juga yang berkongsikan pengalaman yang sama ketika menjelang raya di rumah ibu bapa masing-masing.

image is not available

Doa banyak-banyak semua…semoga tahun ini kita semua dapat raya bersama yang tersayang…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.