
Kota Kinabalu: Parti Cinta Sabah (PCS) mahu Kerajaan Persekutuan menjelaskan situasi sebenar berhubung 40 peratus hasil yang sepatutnya dikembalikan kepada Sabah seperti ditetapkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menurutnya, kegagalan untuk memastikan sama ada Perkara 112(C) dan 112 (D) Perlembagaan Persekutuan berhubung hasil itu terbatal melalui satu Warta Persekutuan rahsia akan mendorong parti itu mengadakan bantahan secara aman.

