
Kota Kinabalu: YANG Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata Kerajaan Negeri akan meneruskan tuntutan hasil melalui rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Baru-baru ini rundingan melalui Jawatankuasa Perundingan Bersama Untuk Meneliti Semula Pemberian Khas Kepada Negeri Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan telah membuahkan hasil, iaitu Kerajaan Negeri akan menerima kadar bayaran geran yang baharu mulai tahun ini,” katanya dalam ucapan dasar kerajaan sempena istiadat pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 di sini, Rabu.


