22,491 kes harian Covid-19 direkodkan semalam, kategori serius kekal rendah

24 Mar 2022 • 10:54 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 MAC: Sebanyak 22,491 kes harian Covid-19 dicatatkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kategori serius iaitu 3, 4 dan 5 tetap rendah iaitu 165 atau 0.73 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 22,326 kes atau 99.27 peratus.

“Seramai 6,061 pesakit sedang dirawat di hospital dan daripada jumlah itu 143 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) tidak memerlukan bantuan pernafasan, manakala 189 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

“Lima negeri mencatatkan penggunaan ICU tertinggi iaitu Putrajaya sebanyak 100 peratus, diikuti Kuala Lumpur (67 peratus), Johor (59 peratus), Selangor (57 peratus) dan Kelantan (52 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori:

Kategori 1: 10,601kes (47.14 peratus)
Kategori 2: 11,725 kes (52.13 peratus)
Kategori 3: 71 kes (0.31 peratus)
Kategori 4: 44 kes (0.20 peratus)
Kategori 5: 50 kes (0.22 peratus)

Sebanyak 65 kes kematian dicatatkan semalam, termasuk 15 kematian di luar hospital manakala 26,234 pesakit dilaporkan sembuh semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh kepada 3,771,463 kes.

Beliau berkata, tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan jumlah kluster keseluruhan yang masih aktif kekal sebanyak 273.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved