(VIDEO) Dua Maut Gempa Bumi Di Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

17 Mar 2022 • 11:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di laman Twitter, video memaparkan kejadian gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan sebahagian besar kawasan di timur Jepun semalam.

Menurut laporan Kosmo, dua maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas kejadian gempa bumi tersebut.

Susulan kejadian, amaran tsunami dengan gelombang sehingga satu meter dikeluarkan awal pagi ini selepas pihak berkuasa merekodkan paras air sehingga 30 sentimeter.

image is not available

Menurut jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno, gegaran susulan besar sering berlaku beberapa hari selepas gempa pertama.

Jadi sila jauhi mana-mana bangunan runtuh dan tempat yang berisiko tinggi.

Dalam pada itu, menurut firma elektrik TEPCO, gempa itu turut menggegarkan Tokyo termasuk kawasan-kawasan lain yang terputus bekalan elektrik, susulan itu dua juta rumah kehilangan bekalan elektrik di Tokyo.

Malah, kira-kira 35,600 rumah di kawasan Miyagi dan Fukushima masih terputus bekalan elektrik pada pagi ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

"Baru Je Umum.." - Laman Web KWSP 'Down', Pencarum Gagal Akses Akibat 'Trafik Sesak'