2 Maut, 92 Cedera Gempa Bumi Kuat Landa Jepun

17 Mar 2022 • 11:09 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pembuat sushi, Akio Hanzawa berjalan di hadapan restorannya di Shiroishi, wilayah Miyagi yang rosak kerana gempa bumi yang melanda timur Jepun pada 17 Mac. - Gambar AFP

TOKYO - Dua maut dan 92 lagi cedera selepas gempa bumi 7.4 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah malam Rabu, lapor Xinhua.

Seramai 92 dilaporkan cedera di tujuh wilayah termasuk Miyagi dan Fukushima setakat ini, menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana.

Gempa berlaku pada 11.36 malam waktu tempatan, pada 37.7 darjah utara dan 141.7 darjah timur dengan kedalaman 60 kilometer.

Amaran tsunami sehingga satu meter turut dikeluarkan di pantai wilayah Miyagi dan Fukushima, dan penduduk setempat digesa menjauhi kawasan itu.

Sebahagian perkhidmatan kereta api laju Shinkansen di Tohoku dihentikan pagi Khamis akibat tergelincir dari landasan.

Syarikat Lebuhraya East Nippon menutup sementara beberapa lebuh raya, termasuk Lebuhraya Tohoku di Osaki, Wilayah Miyagi dan Lebuhraya Joban di Soma, Fukushima. - Bernama