"Pioneers" Snoop Dogg – Joe Flizzow, Luaskan Lagi  Kuasa JDT

Music
18 Mar 2022 • 2:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Sejak lagu "Pioneers" nyanyian Joe Flizzow dan Snoop Dogg mula dirilis semalam, ramai peminat muzik dan bola sepak tempatan yang terkesima dengan kolaborasi mereka berdua.  Lebih-lebih lagi apabila "Pioneers" adalah lagu tema rasmi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDTFC) untuk 2022. 

Rata-rata peminat mengganggap kolaborasi Snoop Dog dan Joe Flizzow itu sememangnya ‘hebat’ dan ia juga turut mengangkat JDTFC ke tahap yang lebih internasional lagi. 

Bahkan, ramai yang menganggap bahawa kehadiran lagu "Pioneers" yang dicipta dan dipersembahkan ikon hip hop barat itu bersama rapper lagenda tempatan Joe Flizzow adalah suatu strategi pemasaran yang bijak untuk JDTFC  terus membina jenama mereka dengan lebih luas lagi peringkat dunia.

image is not available

Projek lagu tema "Pioneers" Snoop Dog dan Joe Flizzow ini adalah satu kolaborasi strategik baharu di antara JDT dengan Universal Music South East Asia (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA.

Bakal didapati di semua pelantar penstriman muzik digital pada 22 Mac ini, ia adalah sebuah trak lagu yang dicetuskan untuk memberi peluang kepada peminat kelab Harimau Selatan itu untuk memahami nilai dan esensi yang dipegang JDTFC tentang mentaliti  untuk menang, inovasi, disiplin dan berbagai perkara lain. 

Kolaborasi strategik ini telah dimeterai menerusi perjanjian pengedaran yang ditandatangani Jeneral Major, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDTFC bersama Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim semalam.

image is not available

Majlis tersebut diadakan di Stadium Sultan Ibrahim yang mampu memuatkan 40,000 penonton dan ia turut menjadi simbol bersejarah terhadap perjalanan JDTFC untuk menjadi pasukan bola sepak yang dikenali di peringkat global serta memiliki peminat antarabangsa. 

"Pioneers" diterbitkan SonaOne dan liriknya diinspirasikan daripada perjalanan JDTFC yang tidak pernah kenal erti penat untuk menempa standard bola sepak baharu di Malaysia dan jatuh bangun mereka sejak bermula pada 2013. 

Vokal bagi lagu ini telah dirakamkan di Los Angeles dan Kuala Lumpur, manakala proses adunan dan mastering dilakukan sepenuhnya di Los Angeles. - Getaran, 18 Mac 2022

image is not available

Gambar: Universal Music Malaysia