Kerajaan Tak Cadang Haramkan Perkahwinan Bawah Umur – Rina Harun

LocalPolitics
22 Mar 2022 • 2:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu perkahwinan bawah umur ini sudah menjadi topik hangat beberapa tahun kebelakangan apabila dillihat ramai di kalangan remaja terutamanya anak gadis yang masih di bangku sekolah memilih untuk mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur.

image is not available

Pun begitu, kerajaan katanya tetap komited dalam mengekang perkahwinan bahawa umur yang dilaksanakan menerusi program di bawah Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur, lapor Harian Metro.

 

Bukan sahaja perlu ditangani melalui perundangan tetapi…

Tambahnya lagi, punca isu ini berlaku juga bukan sahaja perlu ditangani melalui perubahan perundangan, malahan ia juga perlu dilakukan melalui pendidikan, advokasi, kesihatan, pengukuhan institusi keluarga dan sokongan sosio ekonomi masyarakat.

“Pada masa sama, Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan akan terus memantau pelaksanaan dan perkembangan program yang dirancang,” katanya semasa menjawab pertanyaan Nurul Izzah di Dewan Rakyat.

image is not available

Kata Rina lagi, kerajaan juga bersetuju dengan penetapan had umur kepada 18 tahun ini tertakluk kepada kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Dalam hal ini, saya menyeru semua pihak yang berkepentingan sama ada di peringkat kerajaan persekutuan mahupun negeri supaya lebih prihatin dan bersama-sama menyokong usaha kerajaan dalam menangani perkahwinan bawah umur di negara ini demi menjamin masa hadapan kanak-kanak,” katanya.

Apa-apapun diharapkan usaha kerajaan membuahkan hasil lah sebab bimbang tengok ramai remaja yang kahwin awal tapi end up bercerai pada usia yang sangat muda. Ada juga yang jadi mangsa eksploitasi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.