
LAHAD DATU: Suspek penyeludup rokok bertindak nekad merempuh kenderaan anggota Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi meloloskan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, di sini, pada pagi Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, suspek berjaya melarikan diri namun meninggalkan kenderaannya iaitu Toyota Hilux Rocco di sebuah ladang sawit.
