Abang Viva Teruja ‘First Time’ Bawa Triton, Selamat Tiba di Terengganu Untuk Misi Banjir

Entertainment
1 Mar 2022 • 10:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita ketahui, kejadian banjir teruk yang berlaku di Terengganu dan Kelantan baru-baru ini telah menyebabkan Abang Viva yang pernah viral hujung tahun lalu diseru oleh orang ramai.

Macam yang korang tahu, sebelum ini Abang Viva dikenali kerana kesanggupannya membantu mangsa banjir di Shah Alam walaupun hanya berbekalkan RM50 dari Melaka.

Semalam (Isnin), difahamkan Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, selamat tiba di Terengganu untuk mulakan misi bantuannya di sana. Berita itu disampaikan sendiri menerusi live Facebook miliknya, Azwan Omar.

Posted by Azwan Omar on Monday, February 28, 2022

Menariknya, ketibaan Abang Viva kali ini tidak lagi bersama kereta Perodua Vivanya namun menggunakan kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang diterimanya dari seorang individu untuk memudahkan urusannya.

“Banjir di Terengganu merupakan misi pertama saya dengan kereta ini. Kali ni lebih bersemangat sebab banyak tempat boleh masuk. Kalau Viva sebelum ini, banyak tempat tidak boleh” – Abang Viva

Ujarnya lagi, sepanjang misi bantuannya di kawasan yang terjejas sekitar Terengganu itu, dia hanya akan tidur dalam kereta miliknya sama seperti yang dilakukan olehnya sebelum ini.

Posted by Azwan Omar on Monday, February 28, 2022

Abang Viva yang selamat tiba di Terengganu sekitar jam 4:50 pagi pada Isnin juga kerap memberikan update terkini menerusi live yang dibuat dan difahamkan kini dia bersama pasukannya berada di Kelantan pula untuk misi bantuan yang seterusnya.

Terbaiklah Abang Viva! Semoga semuanya dimudahkan sampai dah selesai misi bantuan ya!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.