Pelajar IPT Dah Boleh Mohon ‘Hadiah’ RM1,000 ‘One Off’ Dari Kerajaan Selangor

4 Mar 2022 • 3:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita baik untuk anak-anak Selangor yang bakal menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT)! Korang dah boleh mohon hadiah dari kerajaan Selangor bermula sekarang hingga 31 Mac nanti.

Baru-baru ni, Pejabat SUK Selangor telah membuat pengumuman di Twitter memberitahu bahawa permohonan untuk Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) bagi siswa baharu anak Selangor telah pun dibuka.

Untuk pengetahuan korang, HPIPT ini adalah merupakan bantuan dari kerajaan Selangor berbentuk wang tunai RM1,000 secara one-off.

image is not available

Tapi sebelum tu, korang kena semak dulu syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan HPIPT ni. Antaranya adalah:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau telah bermastautin di Selangor minimum 11 tahun.
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Merupakan pelajar tahun pertama dan telah ditawarkan pengajian sepenuh masa di Universiti Awam/IPT, swasta di tahap pengajian Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sahaja
  • Pendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000

Kalau korang menepati semua syarat-syarat ni, korang bolehlah buat permohonan di laman web hpipt.selangor.gov.my.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.