Federer mungkin tidak beraksi di Wimbledon

6 Mar 2022 • 12:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BEKAS pemain nombor satu dunia, Roger Federer memberi bayangan bahawa dia mungkin tidak akan beraksi di Wimbledon tahun ini, memandangkan masih belum pulih daripada pembedahan lutut yang dilakukannya sebelum ini.

Menurut Federer menyasarkan untuk kembali ke gelanggang pada penghujung musim panas atau permulaan musim luruh dan bermakna pemain kelahiran Switzerland itu mungkin akan beraksi semula di Terbuka Amerika Syarikat pada 29 ogos depan.

"Ia pasti akan mengambil masa lama untuk pulih dari kecederaan. Saya kini sasar untuk buat kemunculan semula di gelanggang pada penghujung musim panas atau awal musim luruh.

“Kini lutut dalam keadaan baik dan ia lebih daripada saya jangkakan. Meskipun begitu saya masih perlu bermula dari bawah.

“Buat masa sekarang, saya berada dalam tiga bahagian. Pertama, keseluruhan pemulihan, bangkit semula pada mulanya. Kemudian selepas itu, belajar berjalan dan membina semuanya,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir juara lapan kali Wimbledon beraksi di kejohanan itu adalah pada tahun lalu, di mana perjalanannya terhenti di suku akhir.

Bagaimanapun pemain 40 tahun itu kemudiannya, mengumumkan untuk menjalani pembedahan lutut yang ketiga dalam tempoh dua tahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved