Apple Studio Display Didapati Menggunakan iOS 15.4 Dan Dilengkapi Storan 64GB

TechnologyDigital
21 Mar 2022 • 2:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Monitor Apple Studio Display ialah usaha mereka untuk menawarkan paparan profesional pada harga yang lebih mampu milik berbanding Pro Display XDR. Ia hadir dengan ciri menarik seperti kamera web yang menyokong Center Stage. Sudah diketahui sejak hari pelancaran untuk menyokong ciri ini, Studio Display hadir juga dengan cip Apple 13 Bionic yang digunakan pada siri iPhone 11.

image is not available

Tetapi dengan monitor kini mula tiba ke tangan pembeli beberapa lagi rahsia mengenainya mula diketahui. Pertama sekali monitor ini menggunakan sistem operasi iOS 15.4 dan mengejutkan turut dilengkapi storan sebesar 64GB. Storan yang besar ini ditemukan oleh @KhaosT dan penggunaan iOS 15.4 pula oleh laman Daring Fireball.

image is not available

Terdapat spekulasi, komponen dari iPhone 11 dikitar semula untuk digunakan pada Studio Display. Ini bermakna secara teorinya Studio Display boleh berfungsi sebagai sebuah iPhone gergasi tanpa sokongan sesentuh sekiranya digodam sendiri oleh pemilik yang berkepakaran.