Johor Ada Potensi, RM4 Bilion Untuk Naik Taraf Infrastruktur Komunikasi – Annuar Musa

5 Mar 2022 • 4:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa, sebanyak RM4.11 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf kualiti dan infrastruktur telekomunikasi serta saringan digital di seluruh Johor.

Jelas beliau, ini melibatkan Fasa Satu program Jalinan Digital Negara (Jendela) dengan menelan perbelanjaan RM589 juta yang kini sedang dilaksanakan. Sambung beliau, Fasa Dua pula akan disambung pada awal tahun 2023.

image is not available

Annuar turut berkata Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai potensi besar dalam bidang industri kreatif dan juga dari aspek penyertaan usahawan-usahawan mikro kecil dan sederhana bagi turut serta dalam program digital.

“Ia juga untuk membolehkan Johor bergerak ke hadapan dengan memanfaatkan sepenuhnya ekonomi digital agar prasarana telekomunikasi di Johor dapat dipertingkatkan”, jelas beliau.

Sebanyak 222 pemancar baru di Johor akan dinaik taraf, manakala 109 pemancar sudah siap dibina, selain 113 lagi masih dalam proses pembinaan.

Untuk rekod, perkara ini dijelaskan Annuar pada sidang media selepas merasmikan program Riuh Ek! Keluarga Malaysia di Ayer Hitam, Batu Pahat baru-baru ini.

Kredit: Malaysiakini

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved