“Selamba peluk laki org” – ‘Reunion’ Drama Puteri, Ramai Kecewa Tengok Nora Danish Berpelukan

Entertainment
24 Mar 2022 • 2:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini Nora Danish mengumumkan sitkom popular Puteri yang pernah ditayangkan lebih 15 tahun lalu bakal membuat comeback menerusi Puteri Reunion 2022 dan dijangka menemui peminat-peminat sitkom ini pada Syawal nanti.

Dah tentunya bagi peminat-peminat setia yang mengikuti sitkom ini dulu pasti teruja nak tengok gelagat comel Puteri dan keletah Kamala yang selalu tersalah faham maksud peribahasa tu kan?

Kalau korang tengok Instagram Nora Danish, pelakon ini sering kongsikan detik-detik teruja pelakon-pelakon sitkom ni dapat bertemu semula untuk menjalani penggambaran.

Namun begitu, salah satu momen yang dikongsikan oleh watak utama Puteri ini telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, dalam video ketika dia menunjukkan pertemuan bersama pelakon Aziz M. Osman dan Beego, dapat dilihat Nora tanpa segan silu telah memeluk mesra pelakon-pelakon lelaki ini untuk melepaskan rindu.

Tindakannya ini telah membuatkan ramai netizen di ruangan komen mengkritik cara Nora yang dilihat tidak tahu menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita.

image is not available

Alamak, next time kena beringatlah ya…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.