PAS Sabah sokong pendaftaran GRS

Politics
20 Mar 2022 • 3:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA KINABALU: PAS Sabah menyokong pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai sebuah gabungan politik rasmi, namun memerlukan maklumat terperinci mengenai kandungan dan hala tuju pendaftaran berkenaan.

Sehubungan itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata PAS Sabah akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai pendaftaran GRS baru-baru ini.

“Secara prinsipnya PAS Sabah dan semua komponen parti dalam GRS yang ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bersetuju dengan penubuhan GRS namun bagi PAS Sabah, kita akan mengikut perkembangan terkini.

“Kita akan teliti semula semua keputusan yang akan kita buat. Kita masih bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan kita tidak berpisah dengan Bersatu…cuma pendaftaran itu perlu kita dapatkan maklumat lanjut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tukar Minyak Enjin PAS Sabah di sini hari ini.

GRS kini secara rasmi terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) tanpa penyertaan Barisan Nasional dan PAS.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, sebelum ini dilaporkan berkata kerjasama parti dalam GRS bersama PAS adalah melalui PN.