GRS perkuat suara Sabah dalam DUN, Parlimen: Star

Politics
20 Mar 2022 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pelancaran rasmi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Mei depan menandakan permulaan era baharu penyatuan suara rakyat Sabah menuntut hak-hak wilayah Borneo dalam Persekutuan Malaysia.

Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jalumin Bayogoh berkata pendaftaran rasmi GRS juga dapat menyatukan suara Sabah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memperluas kuasa perundangan dan ekonomi.

“Kita yakin GRS dapat membawa suara yang solid untuk memperoleh pelbagai hak Borneo melalui DUN Sabah dan Parlimen,” kata Jalumin yang juga Naib Presiden Kongres Kebangsaan Dayak (DNC).

Menurut Jalumin, gabungan parti-parti dalam GRS akan dapat mempercepat implementasi pelbagai tuntutan yang telah disuarakan Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan selama ini.

Kata Jalumin, Dr Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah telah menyuarakan hak wilayah Borneo mempunyai sepertiga perwakilan di Parlimen, nisbah 50:25:25 dalam agihan bajet negara, kuasa Pendaftaran dan Imigresen.

Ketika mengumumkan pendaftaran rasmi GRS, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga pengerusi GRS, memaklumkan gabungan itu dianggotai Star, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pemerhati politik melihat status pendaftaran GRS yang membuka keahlian terus dan keahlian bersekutu parti-parti politik memberi ruang kepada individu tidak berparti untuk menjadi ahli GRS.

Jalumin berharap pemimpin parti-parti gabungan di peringkat bahagian dan akar umbi menerima perkembangan terbaharu penyatuan politik Sabah ini dengan mula memperkukuh kerjasama antara satu sama lain.