Sabah catat 591 kes baharu

16 Mar 2022 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan kes terendah setakat ini dengan 591 kes pada Selasa, namun penularan sporadik masih berleluasa dalam masyarakat dengan kira-kira 63 peratus kes bergejala.

Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata 11 daerah mencatatkan penurunan kes, dengan Beaufort mencatatkan penurunan tertinggi (-30).

“Kota Kinabalu kekal sebagai satu-satunya daerah dengan tiga angka kes (174). 16 daerah merekodkan kes dua angka manakala lapan daerah merekodkan kes satu angka. Tambunan dan Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Papar mencatatkan kes kedua tertinggi selepas Kota Kinabalu, diikuti Tuaran (46), Penampang (42), Keningau (35), Sandakan (26), Kota Belud (22) dan Kuala Penyu (19).

Lima kematian direkodkan, masing-masing satu di Kota Belud, Kota Kinabalu, Kuala Penyu manakala tiada kluster baharu dikenal pasti.

“Jabatan Kesihatan Negeri secara rasmi menutup tiga kluster iaitu Kluster Kologon Jalan Bypass (Ranau), Kluster Simpangan (Beluran) dan Kluster Bukit Garam (Kinabatangan).

“Terdapat 22 kluster aktif di Sabah setakat ini,” kata Masidi.

Beliau berkata majoriti kes adalah ringan, dengan 582 daripada 591 kes merupakan jangkitan kategori satu dan dua, iaitu 98.47 peratus.

“Tiga kes dalam kategori tiga, empat dalam kategori empat dan dua dalam kategori lima,” tambahnya.

Sebanyak 1,391 pesakit Covid-19 telah dibenarkan keluar hospital manakala 809 pesakit masih menerima rawatan di hospital, pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC), penjara/pusat tahanan sementara dan fasiliti swasta.

Mengenai program imunisasi Sabah, Masidi berkata 7,940 individu telah divaksin pada 14 Mac, di mana 6,301 adalah dewasa manakala 92 adalah remaja dan 1,547 adalah kanak-kanak.

Sehingga 14 Mac, beliau berkata seramai 2,404,170 individu telah melengkapkan kedua-dua dos, di mana 76.87 peratus adalah dewasa, manakala 2,543,496 telah mendapat dos pertama mereka, di mana 78.42 peratus adalah dewasa.

Masidi menambah, seramai 332,006 remaja telah menerima dos pertama mereka, manakala 316,007 telah melengkapi dua dos iaitu 74.15 peratus daripada populasi remaja. Seramai 81,047 kanak-kanak telah menerima dos pertama mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.