“Ni tang mano?” – [VIDEO] Isteri Shuk Dakwa Wajah Iras Tangmo, Ini Jawapan Netizen

Entertainment
14 Mar 2022 • 11:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita kematian pelakon Thailand yang tular baru-baru ini telah mendapat perhatian dari negara-negara serumpun seperti di Indonesia dan Malaysia.

Malah sampai sekarang, orang masih lagi bercakap pasal kematian Tangmo Nida ni sehinggakan ada yang termimpi-mimpi. Dahsyat betul.

Bukan itu sahaja, beberapa selebriti juga turut dikaitkan dengan mengatakan muka mereka seiras dengan mendiang Tangmo, antaranya adalah Nasha Aziz.

“Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo. Yeke?”

Baru-baru ini juga, isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih senang dipanggil Serra telah memuat naik satu video di TikTok.

Selain menunjukkan penampilan terbarunya yang nampak lebih langsing, Serra juga turut mengatakan yang ramai netizen mendakwa wajahnya mirip dengan pelakon Thailand tersebut.

“Ni bukan Tangmo kak, ni tang mano”

Bagaimanapun, meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa Serra overclaim dan ada juga yang cakap video ini hanya dibuat sekadar bahan lawak. Untuk content katanya…

image is not available

Hahahaha, min terhibur dengan komen netizen tapi memang power betul content Serra ni sampaikan ramai betul yang tengok video dia.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.