Perkhidmatan seru pandu ini perkenalkan surcaj bahan api untuk penggunanya

14 Mar 2022 • 10:18 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bagi mendepani isu peningkatan harga bahan api mendadak sejak akhir-akhir ini, Uber di Kanada memperkenalkan surcaj bahan api bagi meringankan beban yang ditanggung kontraktor seru pandu mereka.

Dengan pelaksanaan itu, penumpang Uber akan membayar caj tambahan CAD0.50 (RM1.65) manakala pesanan Uber Eats pula akan membayar CAD0.35 (RM1.15). Surcaj akan dikenakan ke atas semua pesanan walaupun kontraktor menggunakan kenderaan elektrik.

image is not available
Uber Eats turut perkenalkan surcaj bahan api

Uber menjelaskan yang surcaj ini akan disalurkan sepenuhnya kepada kontraktor mereka tanpa ada sebarang potongan komisen dipotong. Selain ini, surcaj yang dikenakan oleh Uber adalah bersifat sementara dan pihak mereka akan menilai daripada masa ke masa untuk tujuan penyelarasan.

Bukan setakat seru pandu sahaja yang ada surcaj bahan api. Di Malaysia, AirAsia sudahpun mengembalikan surcaj itu bagi mengurangkan tekananan kos pengoperasian yang tinggi pihak mereka.

Sumber: UBER

Bacaan berkaitan