“Lain kali bagi salam dulu” – Beruang Hitam Ceroboh Kandang Lari Ketakutan Lepas Diserang 2 Ekor Babi

Entertainment
20 Mar 2022 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu video menunjukkan kejadian aneh yang telah berlaku melibatkan haiwan liar dan haiwan ternakan. Dalam video itu, seekor beruang hitam telah lari ketakutan akibat diserang 2 ekor babi selepas menceroboh kadang mereka.

Kejadian yang berlaku di Connecticut, Amerika Syarikat itu boleh dilhat dalam video di bawah atau klik SINI.

image is not available

Menurut sumber dari NY Post, dua ekor babi yang menyerang beruang hitam itu diberi nama Mary dan Hammy. Selepas beberapa ketika, kedua-dua ekor babi itu berjaya menghalau keluar beruang hitam dari kandang mereka.

image is not available

Bercakap kepada sumber, penternak dan pemilik, Rebecca Shaw merasakan sangat berbangga dengan keberanian haiwan ternakannya. Tambah Shaw lagi, kebiasaanya penggera keselamatan akan berbunyi sekiranya ada pergerakkan mencurigakan berlaku di kandang, namun untuk kejadian ini, tiada sebarang amaran dikeluarkan.

image is not available

Walau bagaimanapun, kedua-dua babi itu selamat dalam kejadian itu dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.