Melaka Bakal Bina Taman Tema Bertaraf Dunia, Lebih Besar Dari Genting!

9 Mar 2022 • 11:38 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Wow, jangan ingat Pahang je ada taman tema popular bertaraf dunia Genting SkyWorlds sebab tak lama lagi Melaka pun bakal memiliki taman tema sama tau!

Taman tema moden bertaraf antarabangsa itu dirancang dibina di Pulau Melaka dan dijangka siap pada 2026.

image is not available

Pembinaan taman tema tersebut dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion itu bakal menarik 5 juta pengunjung setiap tahun.

Malah ia dikatakan akan menjadi lebih besar daripada Genting Highland iaitu dengan keluasan 14.56 hektar, dalam tempoh 4 tahun dari sekarang kita akan nampak perkembangan pembinaan taman tema ini di Pulau Satu (PME1) Melaka Gateway.

image is not available

Projek berkenaan akan dimulakan dengan pembinaan Terminal Kapal Pelayaran Antarabangsa (MICT) yang dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.

Pengumuman mengenai pembinaan taman tema Melaka tersebut dibuat oleh EXCO Kanan Pelaburan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas mengadakan lawatan rasmi ke Projek Melaka Gateway di Pulau Melaka, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Michelle Ong; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu, Pengarah Pembangunan Perniagaan KAJ Development Sdn Bhd, Datuk Kamarudin Ahmad dan lain-lain kenamaan.

image is not available

image is not available

Ujarnya, kewujudan taman tema itu sudah pasti memberi limpahan kepada KAJ selain mampu menyediakan pelbagai kemudahan asas di dalam Negeri Melaka bagi menyambut ketibaan pelancong dari seluruh negara.

“Sebagai sebuah negeri pelancongan, infrastruktur dan ruang perniagaan yang moden akan berada di sepanjang kawasan Melaka Gateway ini.

“Ini termasuklah dengan wujudnya kawasan ‘duty free zone’ (zon bebas cukai), kita juga akan lihat beberapa jenis produk yang bertaraf dunia dan berimpak tinggi akan berada di kawasan ini,” katanya.

image is not available

image is not available