Masidi akan bincang dengan KPKT bina PPR untuk mangsa kebakaran Kg Kurnia Jaya

22 Mar 2022 • 3:31 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun bersetuju untuk berbincang dengan rakan sejawatannya dari Persekutuan berhubung cadangan Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew untuk Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi mangsa kebakaran Kg Kurnia Jaya, Jalan Apas di daerah itu.

Liew, yang juga Adun Api Api, berkata beliau telah berbincang dengan Masidi mengenai perkara itu ketika meghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri pada Isnin.

Liew menggesa Masidi menggunakan jawatannya untuk mendapatkan persetujuan bagi cadangan PPR Kg Kurnia Jaya daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan.

Liew berkata beliau akan menyediakan data yang diperlukan dan pecahan setinggan tempatan dan haram, sambil menambah bahawa majoriti mangsa kebakaran adalah penduduk tempatan berdasarkan statistik Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya gembira kerana Menteri telah, sebagai respons kepada permintaan saya, bersetuju untuk membawa kes itu dengan Kerajaan Persekutuan bagi manfaat lebih 1,300 mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran besar Khamis lalu.

“Saya akan menulis surat kepadanya secara rasmi berhubung cadangan saya. Ini adalah kejadian paling teruk dalam sejarah Tawau. Hampir setiap tahun, berlaku kebakaran di Tawau membabitkan rumah setinggan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang tidak sepatutnya.

“Kita tidak perlu menunggu lebih banyak kebakaran berlaku sebelum mengambil pandangan serius terhadap perkara ini.

“Rakyat terbabit sudah berpuluh tahun hidup dalam keadaan ini. Sudah sampai masanya Kerajaan bertindak menghapuskan rumah setinggan di daerah itu terdedah kepada kebakaran,” kata Liew dalam satu kenyataan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.