
TAWAU: Tujuh beranak yang rumah mereka antara yang musnah dalam kebakaran besar 700 rumah setinggan di Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas pada Khamis petang, hanya tidur beralaskan kotak pada malam itu.
Kebakaran yang hanya dapat dipadamkan selepas lima jam, disifatkan ramai sebagai terburuk dan menyamakan keluasan terjejas dengan ‘empat hingga enam padang bola’.

