Dune Menang Besar, Namun The Power Dog Tetap Filem Terbaik!

Entertainment
15 Mar 2022 • 7:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penerbit Britain Iain Canning, Tanya Seghatchian dan penerbit Australia Emile Sherman cemerlang menerusi "The Power of the Dog" (Gambar AFP)

Malam kemuncak Anugerah Filem Academy British (BAFTA) ke 75 yang berlangsung di Royal Albert Hall pada malam Ahad lalu (Isnin waktu tempatan) berjaya mengubati kekecewaan Dune apabila berjaya berjaya meraih lima anugerah menerusi 11 kategori pencalonan yang dipertandingkan.

Kelima-lima kategori tersebut adalah Rekaan Produksi Terbaik, Bunyi Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Skor Original Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

image is not available
Patrice Vermette dan Zsuzsanna Sipos meraih anugerah Rekaan Produksi untuk filem "Dune".

Sebelum ini dalam Anugerah Golden Globe 2022 yang diadakan pada awal Januari lalu, Dune hanya berjaya memenangi satu anugerah sahaja iaitu Skoring Original Terbaik Dalam Filem.

Namun kejayaan Dune untuk menyapu kemenangan menerusi kategori bersifat teknikal di dalam BAFTA ini memang sudah dijangka.

Bagaimanapun anugerah Filem Terbaik dan Pengarah sekali lagi menjadi milik The Power Of Dog dan Jane Campion.

image is not available

Turut mengulang kejayaan yang sama adalah Will Smith menerusi kategori Aktor Utama untuk filem King Richard, namun kemenangan Joanna Scanlan (filem After Love) sebagai Aktres Utama benar-benar memeranjatkan.

Selain The Power of Dog, CODA and West Side Story adalah antara filem yang berjaya memenangi lebih daripada satu anugerah. Antara yang menarik adalah kemenangan Drive My Car Sebagai Filem Bukan Dalam Bahasa Inggeris dan Encanto untuk Filem Animasi.

image is not available

Senarai Lengkap Pemenang Anugerah Filem BAFTA 2022

Filem Terbaik

"The Power of the Dog" - Pemenang

Pengarah Terbaik

Jane Campion, "The Power of the Dog" - Pemenang
 

Aktor Utama

Will Smith, "King Richard" - Pemenang

Aktres Utama

Joanna Scanlan, "After Love" - Pemenang
 

Pembantu Aktor

Troy Kotsur, "CODA" - Pemenang
 

Pembantu Aktres

Ariana DeBose, "West Side Story" - Pemenang
 

Lakonlayar Original Terbaik

"Licorice Pizza" - Pemenang

Lakonlayar Adaptasi Terbaik

"CODA" - Pemenang
 

Skor Original Terbaik

"Dune" - Pemenang
 

Sinematorafi Terbaik

"Dune" - Pemenang
 

Rekaan Kostum Terbaik

"Cruella" - Pemenang
 

Suntingan Terbaik

"No Time To Die" - Pemenang
 

Rekaan Produksi Terbaik

"Dune" - Pemenang
 

Rambut & Mekap Terbaik

"The Eyes of Tammy Faye" - Pemenang
 

Bunyi Terbaik

"Dune" - Pemenang
 

Kesan Khas Visual Terbaik
 

"Dune" - Pemenang
 

Casting Terbaik

"West Side Story" - Pemenang

Filem British Cemerlang

"Belfast" - Pemenang
 

Debut Cemerlang oleh Penulis, Pengarah, Producer British

"The Harder They Fall" - Jeymes Samuel (Writer/Director) - Pemenang
 

Filem Bukan Dalam Bahasa Inggeris

"Drive My Car" - Pemenang
 

Dokumentari Terbaik

"Summer of Soul" (Or, "When The Revolution Could Not Be Televised") - Pemenang

Filem Animasi Terbaik

"Encanto" - Pemenang
 

Filem Pendek British Terbaik

"The Black Cop" - Pemenang
 

Best British Short Animation

"Do Not Feed the Pigeons" - Pemenang
 

EE Rising Star (Diundi Publik)

"Lashana Lynch" - Pemenang

- Getaran, 15 Mac 2022