Sebagai rakyat Malaysia kita mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang akan memerintah dengan proses pengundian dipanggil Pilihanraya Umum yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia adalah badan bebas yang menguruskan dan memastikan pilihanraya berjalan lancar. Adapun begitu, disaat rakyat dalam perjalanan untuk memulihkan ekonomi dan kewangan mereka, adakah wajar untuk pemimpin mengambil keputusan waktu sekarang untuk membubar Parlimen dan memberi laluan kepada rakyat untuk memberi mandat ketika pengundian nanti.

Sejak setahun yang lalu, kita dapat melihat pelbagai parti politik telah membuat perhimpunan agong parti mereka dan melaungkan semangat untuk berjuang di pilihanraya umum akan datang. Di negara Malaysia, penggal untuk satu parlimen adalah selama 5 tahun dan kita semakin menghampiri waktu yang ditunggu tunggu. Akan tetapi masih lagi mempunyai masa kerana ia terletak pada YAB Perdana Menteri untuk memberi nasihat kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
Soalan saya adakah wajar untuk kita menerima pilihanraya umum waktu sekarang atau kita sebagai rakyat harus diberikan masa lagi untuk menilai kerajaan yang sedia ada dan tunggu sehingga penggal parlimen sepatutnya tamat. Dalam erti kata jangan sampai pilihan raya menjadi ‘lebuh’ raya. Kerana jika pilihanraya berlangsung sekarang semestinya semua parti politik akan berkempen secara besar besaran kerana ia melibatkan tampuk kepimpinan kerajaan persekutuan. Jika ‘lebuh’ maka kita sebagai rakyat marhaen harus menerima padah seperti yang berlaku pada pilihanraya negeri Sabah yang lepas.
Jika keputusan Perdana Menteri untuk melakukannnya sekarang tepat, maka kita sebagai rakyat mungkin akan menerima kerajaan baru dan Perdana Menteri baru kerana situasi politik yang diluar jangkaan kerap berlaku sejak 2018. Kita sebagai penentu harus membuat pilihan dengan baik dan tepat kerana ia juga mempengaruhi masa depan negara kita yang tercinta. Selain itu, kita juga melihat banyak perubahan corak pengundian kerana had umur pengundi bermula dari umur 18 tahun. Ia sangat berbeza kerana zaman digital kini seawall usia 18 pun sudah pandai dan membaca tentang politik semasa. Mereka adalah masa depan negara. Kestabilan politik akan menjadikan negara kita lebih cepat maju dan membangun. Pilihan di tangan kita.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.
