
AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan Dr Daud Yusof memohon peruntukan pembangunan yang saksama bagi semua wakil rakyat, sama ada mereka dari pihak pembangkang atau kerajaan memerintah.
“Sebagai wakil rakyat, kita mesti bekerjasama untuk memastikan semua orang mendapat kehidupan lebih baik yang sepatutnya, tanpa mengira status atau pandangan antara satu sama lain,” katanya pada Isnin di Dewan Undangan Negeri, ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri.

