“Video Live Tu Tujuan Saya Bergurau” – Kak Long Mohon Maaf, Nafi Ejek OKU

Entertainment
16 Mar 2022 • 11:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kak long ejek oku

Selepas insiden amuk di kedai serbaneka, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura sering menjadi perhatian ramai. Segala tindak tanduknya diperhatikan walaupun dia sudah membuat permohonan maaf mengenai kejadian amuk itu.

Terbaru, Kak Long dikatakan sekali lagi mengundang marah netizen apabila berjalan dan membuat aksi mulut senget seakan-akan mengejek golongan orang kelainan upaya (OKU).

Kak Long didakwa melakukan aksi itu ketika sesi live kurang 24 jam selepas netizen mengecam tindakan stesen TV memanggilnya sebagai tetamu sebuah program.

image is not available

Perbuatan itu ternyata telah mengundang rasa tidak puas hati netizen. Mereka merasakan Kak Long tidak serik-serik mencetuskan kontroversi.

Namun lain pula bagi Kak Long apabila dia menafikan dakwaan telah mengejek golongan OKU. Jelasnya, dia hanya bergurau menjawab kecaman netizen bahawa dia gila glamor.

Dia juga telah meminta maaf secara terbuka kepada sesiapa yang terasa hati dengan aksi itu.

image is not available

image is not available

Kredit: Facebook Hafiz Shukri | Wan Noor Baizura

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.