“Demi Allah saya xdak hina” – Kak Long Minta Maaf Lepas Video ‘Ejek OKU’ Viral

Entertainment
16 Mar 2022 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belum reda lagi kemarahan netizen gara-gara stesen TV Alhijrah menjemput Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sebagai personaliti dalam progam mereka selepas insiden dia mengamuk di 7 Eleven.

Kali ini, kecoh pula di media sosial apabila Kak Long dikatakan telah menghina golongan Orang Kurang Upaya (OKU) selepas videonya menjawab soalan netizen tular.

Ekoran ini, netizen sekali lagi mengecam tindakan Kak Long yang dikatakan gagal belajar dari kesilapannya dan meminta agar wanita ini berhenti merakamkan tindakan yang boleh memburukkan dirinya sendiri.

“Bakpe cari silap saya sokmo”

image is not available

Sekali lagi terpaksa menerima kecaman netizen, Kak Long menerusi Facebook peribadinya telah pun menafikan video viralnya itu dibuat untuk menghina golongan OKU.

Menurut wanita ini, dia tiada niat untuk menghina golongan OKU dan mengakui video yang dibuatnya itu hanyalah sekadar gurauan.

Tak cukup dengan itu, Kak Long turut meminta maaf atas ketelanjurannya itu dan berjanji tidak akan buat perkara seperti itu lagi.

image is not available

Tak cukup dengan itu, Kak Long turut akui kecaman yang diterimanya ini sangat memberikan dia tekanan dan merasakan orang ramai gemar mencari kesalahannya.

Demi Allah saya takdak persendakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat. Saya tak hina OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Bakpe cari silap saya sokmo.”

Wanita ini juga turut meminta maaf secara terbuka kepada golongan OKU sekiranya pihak mereka terasa dengan video yang dibuatnya itu.

Skrg ni video sy tular di fb berkenaan dgn ejekan org oku ..demi allah sy xkata atau sebut nama org oku…video live sy…

Posted by Wan Noor Baizura on Tuesday, March 15, 2022

“Stop dulu buat live”

Rata-rata netizen di ruangan komen telah menasihati wanita ini agar berhenti dulu buat video, live serta fokus untuk berubah dan muhasabah diri.

image is not available

Min setuju dengan pendapat netizen, mungkin Kak Long kena stop dulu buat-buat live ni. Elok juga untuk diri sendiri, tak adalah tertekan dengan kecaman orang.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.