Cristiano Ronaldo Pecah Rekod Jadi Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Dengan 806 Gol

Football
13 Mar 2022 • 10:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bintang sensasi kelab bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-806 sepanjang karier beliau dalam pertembungan dengan Tottenham Hostspurs malam tadi yang menyaksikan Manchester United menang 3-2.

image is not available

Ketiga-tiga gol dari Manchester United dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Ronaldo dan ia sekaligus melakar namanya menjadi pemain dengan gol paling banyak sepanjang zaman yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA.

image is not available

Ronaldo yang masih aktif bermain bola sepak telah mencipta rekod dengan mengatasi penjaring terbanyak sepanjang zaman, Josef Bican yang mencatatkan 805 gol sebelum ini.

image is not available
Statistik pada ogos 2021

Untuk rekod, ini adalah hatrick kedua Ronaldo dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan merupakan hatrick ke-59 sepanjang karier beliau. Ronaldo juga adalah penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman bersama Portugal, dengan 115 gol dihadapan lagenda bola sepak Malaysia, Mokhtar Dahari di tempat ketiga dengan 89 gol.

Sumber: CNN

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.