Tambah baik perkhidmatan, bukan hanya kaut untung

LocalBusiness & Finance
30 Mar 2022 • 11:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) diingatkan supaya menambah baik perkhidmatan mereka kepada rakyat dan bukan hanya mengaut keuntungan, di tengah-tengah inisiatif kerajaan untuk menambah baik infrastruktur komunikasi negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak ada bantahan untuk syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan besar, tetapi mereka perlu bertanggungjawab dengan melabur sebahagian daripada keuntungan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka, selaras dengan usaha pembangunan infrastruktur yang dijalankan kerajaan.