
Detik ketika tamatnya kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan antara momen paling diingati buat ramai rakyat Malaysia, ia menandakan tamatnya zaman persekolahan yang semestinya mempunyai pelbagai kenangan.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular video beberapa orang pelajar yang dikatakan baru sahaja habis kertas peperiksaan SPM sedang dikejar oleh pihak polis ketika sedang berkonvoi motosikal beramai-ramai.
@akubudakkluang Kan dah kena hambat…
#akubudakkluang #ABK
Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dengan nama @akubudakkluang itu menarik perhatian ramai netizen dan setakat ini video tersebut telah mendapat lebih 130K tontonan serta lebih 200 komen.
“Untung kau dik, habis SPM polis escort“
Rata-rata netizen bertindak membahan sekumpulan pelajar tersebut malah tidak kurang juga yang membezakan ritual selepas habis SPM pada zaman mereka.

Menurut laporan Kosmo!, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihak polis sudah mengenal pasti beberapa individu daripada kumpulan berkenaan yang dikesan melakukan perbuatan itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahayakan.
Ish, jagalah keselamatan kalau nak celebrate pun!
Baca: “Sahabat dunia akhirat” – [VIDEO] Pelajar Melawat Sahabat Di ‘Rumah’ Baru Lepas Last Paper SPM

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![“Ni baru betul” – [VIDEO] Rider PDRM Iring Konvoi Diraja Dipuji Lepas Beri Laluan Kepada Ambulans](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)