
Semalam, kita digemparkan dengan berita pesawat China Eastern MU5735 yang terhempas di kawasan pergunungan Guangxi.
Pesawat yang membawa 132 orang itu merupakan pesawat jenis Boeing 737-800 yang berlepas dari Kunming di wilayah barat daya Yunnan ke pusat perindustrian Guangzhou di sepanjang pantai timur.
Dalam laporan Channel News Asia (CNA), insiden itu telah menyebabkan kebakaran hutan dan kemaraan api yang cukup besar sehingga dapat dilihat pada imej satelit NASA.
“Serpihan pesawat ditemui di tempat kejadian, tetapi sehingga kini, tiada seorang pun daripada mereka yang berada di dalam pesawat telah ditemui,” menurut pemberita pagi Selasa, 18 jam selepas nahas.
Tangisan keluarga menyayat hati
Dalam pada itu, tular beberapa video di media sosial apabila kelihatan keluarga mangsa nahas pesawat itu sedang menenangkan diri di lapangan terbang.
@simplywidy mengandung bawang i’m so sorry for the family from the victims. it’s confirmed 133 dead with 124 passangers and 9 crews. #RIP
#boeing737 #mu5735 #chinaeasternairlines #restinparadise
Terdapat juga video menunjukkan seorang lelaki sedang menangis di tempat duduk lapangan terbang dan difahamkan lelaki tersebut kehilangan isteri serta dua anaknya.
Rata-rata netizen tumpang rasa sedih serta sebak apabila melihat keluarga-keluarga itu dan tidak kurang juga yang mendoakan mereka sentiasa tabah dan cekal menghadapi dugaan tersebut.
Semoga tabah semuanya

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
