“Terlebih main GTA ni” – [VIDEO] Penyamun Guna Kayu Besbol Rompak Kedai Alat Ganti Komputer

Entertainment
29 Mar 2022 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jenayah terutama sekali kes samun di Malaysia sememangnya makin hari makin menjadi-jadi dan perkara ini sangat membimbangkan masyarakat. Mana taknya, tak kira tempat dan masa, jenayah macam ni boleh berlaku sepantas kilat. Min pun risau sangat bila nak keluar rumah sekarang ni!

Penyamun zaman sekarang ni makin berani untuk lakukan rompakan secara terbuka dan langsung tak kisah dengan nasib yang bakal mereka terima jika ditangkap polis. Perbuatan keji mereka ni bukan sahaja menimbulkan kekacauan tapi sampai boleh meragut nyawa orang. Takde belas kasihan betul la dorang ni!

Baru-baru ni, tular di Facebook berkongsikan tentang seorang netizen yang sempat merakam beberapa individu menyamun premis di Bandar Damai Perdana, Cheras.

15 lelaki samun guna kayu besbolOleh: Nurul Hidayah Bahaudinnurul.hidayah@hmetro.com.myVideo: Media SosialKajang: Sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras, di sini, Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan premis terbabit, 9.35 pagi, kelmarin."Semasa pengadu sedang bekerja di premis berkenaan, dia diserang sekumpulan lelaki dianggarkan 15 orang menggunakan kayu besbol."Suspek kemudian memecah masuk ke dalam premis dan melarikan peralatan komputer yang berada di dalam premis di tingkat satu dianggarkan bernilai RM70,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.Mohd Zaid berkata, suspek menggunakan Nissan Navara, Toyota Hiace, Perodua Alza dan Proton Exora."Kenderaan pengadu juga dirosakkan oleh suspek semasa dia cuba menghalang mereka melarikan diri."Pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya.Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.Dua rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu besbol menyamun premis menjual peralatan komputer di Bandar Damai Perdana, Cheras, tular di media sosial, semalam.Disiarkan pada: Mac 28, 2022 @ 11:41am#HarianMetro

Posted by The Viral on Monday, March 28, 2022

Dalam video tersebut, dapat dilihat suspek pecah masuk premis kedai alat ganti komputer bukan dengan bersenjatakan pistol atau parang, tapi menggunakan kayu besbol. Mengerikan betul!

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ada berkata bahawa pihaknya terima laporan bahawa suspek menyerang pengawal keselamatan yang menjaga premis tersebut. Mujur mangsa tak alami sebarang kecederaan cuma keretanya rosak kerana dilanggar suspek ketika cuba halang rompakan.

“Pengadu yang sedang bekerja di premis tersebut diserang sekumpulan lelaki dianggarkan 15 orang menggunakan kayu besbol” – Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan

“Suspek pecah masuk premis dan melarikan peralatan komputer yang dianggarkan bernilai RM70,000” – Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan

Asisten Komisioner tersebut turut menegaskan bahawa suspek yang terlibat jika disabitkan kesalahan boleh terima sehingga 20 tahun dan sebat.

Min nasihatkan supaya korang sentiasa hati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling walau kat mana je korang ada okayy!

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article