“Salah pilih karier ni!” – Netizen Tergamam Gaji Tutor Peribadi Cecah RM 27,000?

Entertainment
1 Mar 2022 • 4:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah laman Instagram dengan nama Malaysian Pay Gap, memaparkan butiran berkaitan dengan pekerjaan, gaji, umur, pengalaman kerja, serta informasi berkaitan pekerjaan itu secara rahsia.

Dalam laman Instagram itu, didapati ramai rakyat Malaysia berkongsi mengenai gaji mereka dan meminta pendapat bahawa adakah mereka ‘underpaid’ atau tidak.

Salah sebuah hantaran yang menarik perhatian netizen adalah gaji seorang tutor peribadi yang boleh mencecah sehingga RM 27,000 sebulan!

Hantaran tersebut mendapat sehingga 6K likes dan lebih 300 komen menceritakan bagaimana seorang tutor peribadi berkongsi skop pekerjaan tersebut.

Penghantar anonymous itu berkata dia bekerja tujuh jam sehari dan gajinya dibayar mengikut jam, dia juga memberitahu seseorang yang ingin bekerja dalam bidang itu perlu mempunyai minat yang mendalam dalam mengajar.

Selain itu, dia juga berkata ini merupakan pekerjaan yang baik jika anda tiada masalah untuk menghabiskan masa dengan remaja yang masih bersekolah.

Ada juga yang merasakan ia seperti tidak masuk akal untuk mendapat gaji sebanyak itu, tetapi ada yang mengatakan ianya boleh dicapai.

image is not available

 

Hmm, ada yang nak jadi tutor peribadi ke lepas ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article