Lokasi-Lokasi PPV Mega Akan Ditutup Pada 16 Mac Ini

TechnologyDigital
11 Mar 2022 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini telah mengumumkan bahawa semua Pusat Pengagihan Vaksin Mega akan ditutup bermula 16 Mac 2022 ini.

Lokasi-lokasi ini termasuklah PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam, PPV World Trade Centre Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena Bukit Jalil dan juga PPC Sokka Gakai Klang.

Mereka juga mengumuman bahawa vaksinasi COVID-19 secara jumpa-terus untuk dos penggalak akan terus diberikan sehingga hari pusat-pusat PPV ini ditutup.