Semarak Ramadan, masjid dan surau di Gombak dapat RM565,000

25 Mar 2022 • 8:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 25 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI hari ini menyumbang RM565,000 kepada masjid dan surau sekitar Gombak sempena program Ihya’ Ramadan.

Serahan dibuat oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kepada wakil rumah ibadat dalam program berlangsung di Masjid Al Khairiyah, Taman Seri Gombak di sini.

Setiap masjid menerima dana RM10,000 sementara RM5,000 diagihkan kepada surau untuk aktiviti pengimarahan sempena bulan suci itu tahun ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

Terdahulu, Amirudin menghadiri program Ihya Ramadan di Surau An Jannah, Taman Jasa Utama dan menyampaikan sumbangan van jenazah kepada surau berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved