
KUALA LUMPUR - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menunjukkan prestasi semakin baik untuk tahun 2021.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai contoh Petronas mencatat keuntungan sebanyak RM48.6 bilion berbanding kerugian RM1.137 bilion pada tahun 2020.
“Azam saya, selagi kerajaan ini, kerajaan UMNO kita tidak akan membenarkan penjarahan wang Petronas sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu.
AKAN MENYUSUL

