Ini Rupa Honda HR-V Terbaru Yang Pasti Buatkan Golongan Muda Terliur!

Cars
23 Mar 2022 • 11:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Honda Prospect Motor (HPM) yang merupakan wakil pengedar rasmi di Indonesia telah melancarkan Honda HR-V (2022) di negara itu. Pergh! Apa kelainan yang dibawakan untuk model ini? Meh kami nak share..

Kenderaan utiliti sukan (SUV) ini telahpun diperbaharui dengan rekabentuk yang nampak lebih cantik, moden dan sesuai untuk semua golongan tak kira tua atau muda.

image is not available

Menurut laporan Pandu Laju, Honda HR-V di sana didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu S, E, SE dan Turbo RS.

image is not available

Bagi varian S, E dan SE, ia dikuasakan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan 119hp kuasa kuda dan tork sehingga 145Nm. Model RS pula dijana dengan enjin 1.5L VTEC Turbo yang mampu menghadilkan 175hp kuasa kuda dan tork sehingga 240Nm.

image is not available

Keempat-empat varian itu didatangkan dengan trasmisi automatik CVT bersama teknologi bantuan pemandu Honda SENSING. Pergh! Memang terbaik.

image is not available

Bukan tu jer, Honda HR-V ini juga hadir dengan kluster instrumen TFT 4.2 inci, dan unit infotainment sebesar 7 inci.

image is not available

Bagi ciri keselamatan pula, model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

image is not available

Apa pandangan korang dengan design dan spesifikasi yang ada pada Honda HR-V terbaru ni? Walaubagaimanapun, tidak dipastikan lagi sama ada model ini akan masuk ke pasaran Malaysia ataupun tidak. 

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.