Oliveira juara GP Indonesia

20 Mar 2022 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PELUMBA Red Bull KTM Factory Racing, Miguel Oliveira tampil cemerlang dalam keadaan litar basah apabila muncul juara Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika, Kuta, Lombok pada Ahad.

Oliveira mengatasi juara dunia daripada Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco menduduki tangga ketiga.

Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez terlepas perlumbaan selepas mengalami gegaran otak (concussion) apabila terbabit dengan kemalangan ketika sesi pemanas badan.

Perlumbaan dikurangkan kepada hanya 20 pusingan berbanding 27 atas faktor keselamatan disebabkan suhu di litar yang melampau sebelum perlumbaan ditangguhkan beberapa kali kerana hujan lebat.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama selepas 25 tahun perlumbaan MotoGP kembali diadakan Indonesia sejak kali terakhir pada 1997.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved