
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau hendak diikutkan tinggal lebih kurang sepuluh (10) hari lagi umat Islam sedunia akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Dua (2) perkara penting berkaitan makanan sepanjang tiga puluh (30) hari umat Islam berpuasa adalah apa yang hendak dimakan semasa berbuka puasa dan apa makanan yang mudah disediakan semasa sahur.
Makanan di waktu sahur ini sangat penting kerana ianya perlu disediakan pada awal pagi, paling lewat pukul lima (5) pagi, disediakan dalam keadaan pantas dan tuntas, makanan yang ringkas tetapi dapat memberikan tenaga sepanjang waktu siang berpuasa, membuka selera kerana mata masih mengantuk masa makan sahur.
Jadinya den cuba senaraikan Sembilan (9) jenis makanan yang sesuai, mudah dimasak dan mengenyangkan untuk disediakan semasa sahur.
1. Nasi/Bihun/Ketiaw/Mee Goreng
Ini antara juadah yang memang paling senang disediakan lagi-lagi dengan adanya semua perencah segera seperti kiub ayam, secukup rasa dan sebagainya.
Bahan-bahan memang yang biasa ada di dalam dapur kita seperti bawang merah, bawang putih, telur, ikan bilis dan sebagainya.
Kalau hendak meriah, tambah la ayam, bebola ayam, bebola daging, sayur dan sebagainya.
Ada pelbagai nasi goreng yang boleh disediakan sepanjang Ramadhan seperti nasi goreng kampung, nasi goreng cili kering, nasi goreng cina dan macam-macam lagi.
2. Roti Bakar
Ini pun paling senang sebenarnya. Masukkan roti dalam toaster lepas itu pilih sahaja hendak makan dengan pelbagai jenis sapuan yang tersedia seperti jem, kaya, peanut butter, coklat dan sebagainya.
3. Nasi putih + telur goreng mata
Ini antara masakan paling mudah tetapi boleh mengundang penambahan nasi yang berganda-ganda lagi-lagi kalau dimakan bersama kicap.
4. Sardin
Jarang sekali lauk yang senang hendak disediakan ini tidak menjadi lauk kegemaran hampir kebanyakan orang bukan sahaja semasa untuk bersahur tetapi juga sepanjang masa.
5. Cucur
Kadang-kadang tekak terasa hendak makan kudap-kudap bila sudah berterusan berhari-hari makan juadah karbohidrat seperti nasi, mee, roti dan sebagainya.
Maka menggoreng cucur la kita untuk sahur.
Pilih sahaja mana cucur yang terasa teringin hendak dimakan.
Cucur udang, cucur bilis, cucur bawang, cucur kentang, cucur sardin, cucur kodok dan macam-macam cucur lagi.
Cicah pula dengan sambal tumis semalam. Memang kombinasi mantap.
6. Overnight oat
Bukan semua orang boleh makan oat tidak kira betapa baiknya makanan ini untuk kesihatan terutamanya bagi mengawal kolesterol.
Ada orang kata oat lebih mengenyangkan daripada nasi.
Bagi mereka tekaknya boleh terima oat, den sarankan buat overnight oat sebab memang senang banget.
Selepas balik daripada solat Terawih, masukkan campuran oat + susu segar + hirisan buah-buahan segar ke dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Masa sahur esoknya, keluarkan overnight oat tersebut dan terus makan.
7. Bubur nasi
Masak nasi hingga menjadi bubur.
Makan panas-panas bersama ikan bilis goreng dan lobak asin.
Boleh bertambah dua (2) mangkuk bubur kalau kena gayanya ni 🤣
8. Ikan pekasam
Goreng ikan pekasam dengan bawang yang dihiris halus dan cili api yang dipotong.
Lepas angkat dari kuali, letakkan perahan limau nipis.
Makan dengan nasi panas.
Memang tidak perasan emak mertua lalu di belakang kita.
9. Makanan sejuk beku
Ada pelbagai jenis makanan sejuk beku.
Kalau untuk anak-anak, sudah semestinya permintaan mereka adalah nugget dan sosej.
Tetapi untuk orang dewasa, biasanya lebih gemar makan roti canai atau roti prata yang dipanaskan lalu dicicah dengan kari semalam.
Ha…cukup sudah sembilan (9) jenis makanan yang mudah disediakan dalam tempoh yang singkat untuk sahur.
Yang paling mudah dan tidak termasuk di dalam senarai sudah tentu mee segera tetapi den memang tidak boleh makan mee segera waktu sahur sebab nanti akan sakit perut.
Jadinya pilih makanan yang sesuai dengan kesihatan perut kita ye. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.
Bidasari Bahashim adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.