
BEAUFORT: Seorang penoreh getah berumur 72 tahun dari Kg Kabajang, di sini, dikhuatiri hilang setelah tidak pulang selama tiga minggu.
Menurut seorang penduduk kampung itu, WKAN Hassan Wahid, lelaki yang dikenali sebagai Lee Thian Ong @ Candong (gambar) itu tidak berada di rumah atau sekitar kawasan rumah serta kebun getahnya sejak tiga minggu lepas.
“Kami jug sudah mencarinya di kebun getahnya dan di kampung-kampung berhampiran dengan bantuan pihak polis dan JawatanKuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) serta penduduk tetapi masih gagal menemuinya sehingga ke hari ini,” katanya kepada Harian Ekspres pada Selasa.
Menurut Hassan, warga emas itu biasanya akan menjual getahnya kepada pembeli tetapi beliau sudah lama tidak muncul untuk menjual getahnya.
“Kehilangan lelaki berbangsa Cina itu yang amat mesra dan disenangi penduduk kampung menjadi tanda tanya.
“Kami bimbang sesuatu yang tidak baik berlaku kepadanya,”kata Hassan.
Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui keberadaan warga emas itu agar menghubungi beliau di nombor 010-9553406 atau melaporkan ke balai polis berdekatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
