“Naya kedai orang” – Netizen Tersalah Serang Google Review Kedai Lain Gara-gara Nak Boikot Kak Long

Entertainment
9 Mar 2022 • 12:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak video wanita serang pekerja 7Eleven gara-gara bengang anaknya dituduh mencuri tular di media sosial, sebut je nama ‘Kak Long’ dah ramai dah orang kenal.

Baru-baru ni, kecoh pula bila ramai netizen luahkan rasa tak puas hati dorang bila sebuah restoran telah meminta dia dan anaknya untuk membuat ‘review’ makanan.

@lesung.ppit

Kak long dh dtang kedai.. Everything ok image is not available chek out FB : lepak village cafe.. Ig : lepak_villagecafe. #kaklong #vairal #7e #7eleven #kaklongkosmetik

♬ original sound – M.Ridzuan – M.Ridzuan

Rata-rata netizen telah meluahkan rasa tak puas hati dorang kerana merasakan wanita tersebut tidak sepatutnya diberikan exposure sebegitu hanya kerana namanya viral.

Malah, disebabkan ini juga ramai netizen telah mengugut untuk memboikot kedai tersebut sehingga owner kedai itu terpaksa membuat penjelasan.

Netizen salah serang?

Tak cukup dengan itu, ada beberapa netizen telah membuat keputusan untuk menjatuhkan review kedai tersebut di Google dengan memberikan satu bintang tapi lain pulak jadinya…

Menurut salah seorang pengguna Twitter, beberapa netizen telah tersilap serang kedai Village Cafe yang terletak di Petaling Jaya kerana namanya seakan sama dengan nama restoran Lepak Village Cafe di Dungun.

image is not availableimage is not available

Bukan kedai ni je yang jadi mangsa, seorang lagi pengguna Twitter turut memberitahu satu kedai di Kelantan bernama Lepak Cafe turut menjadi mangsa netizen yang tak bertanggungjawab.

image is not availableimage is not available

Disebabkan ini, ramai netizen telah meminta agar orang ramai tidak bertindak semberono dan terus menyerang tanpa usul periksa. Lebih-lebih lagi bila kedai-kedai ini terpaksa menanggung review rendah gara-gara sikap segelintir orang.

image is not available

Alahai, korang yang ada tersilap bagi review tu better padam balik review korang dan bagi 5 stars dekat kedai-kedai ni sebab korang dah salah serang. Tak pasal-pasal je nanti orang lain tak nak datang kedai ni sebab review rendah sangat.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.