TikTok Menguji Ciri “Watch History” – Memudahkan Anda Melihat Senarai Video Telah Ditonton

TechnologyDigital
29 Mar 2022 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Adakalanya pada TikTok, anda ingin melihat kembali sesuatu video, tetapi sukar menemuinya sekiranya anda tidak “Like”. Terbaru, melalui ciri baharu yang sedang dibangunkan, TikTok dilihat akan menyelesaikan perkara berkenaan melalui pengenalan ciri dinamakan “Watch History”.

Dengan ciri ini, pengguna boleh melihat semua video yang telah ditonton mereka pada platform berkenaan dengan mudah. TikTok dilihat membolehkan pengguna menyemak sejarah tontonan sehingga 7 hari sebelum melaluinya.

image is not available

Ia juga mungkin kelak akan menjadi salah satu halaman yang dirujuk ramai dalam melihat kembali kandungan-kandungan untuk rujukan masa akan datang – tanpa perlu “Like” sesuatu video.

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.