Universiti Swasta atau Universiti Awam?

Opinion
1 Apr 2022 • 9:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Universiti Swasta atau Universiti Awam?

Sistem pembelajaran di Malaysia adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara. Kini, sistem pembelajaran di peringkat universiti diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pada abad ke–21 telah menyaksikan banyak universiti swasta telah dibuka dan ramai pelajar cemerlang yang berjaya dilahirkan dari situ. Setiap tahun, ratusan ribu pelajar berjaya menghabiskan sesi persekolahan sehingga Tingkatan 5. Selepas itu, mereka akan sambung belajar di university atau kolej. Perkara yang akan kita bincangkan adalah pilihan sama ada universiti awam atau swasta.

Universiti Awam

Photo by Emily Ranquist from Pexels

Bagi yang hendak melanjutkan pelajaran melalui universiti awam, mereka harus membuat permohonan melalui dalam talian di UPU Online oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sejurus mendapat keputusan SPM, kita sudah boleh membuat permohonan ini. Di dalam borang tersebut mempunyai pilihan jurusan dan university pilihan mengikut ranking keutamaan. Contohnya, jika kita sangat inginkan jurusan Diploma Perakaunan, kita harus meletakkan jurusan itu di pilihan pertama.

Seterusnya, kualiti universiti awam di Malaysia juga sangat baik dan diiktiraf oleh kualiti pendidikan antarabangsa. Setakat kini, Universiti Malaya adalah university terbaik di Malaysia dengan mempunyai ranking ke-65 universiti terbaik dunia. Dengan kualiti yang baik ini, tidak sangkal la sistem dan pelan pendidikan awam di Malaysia juga adalah terbaik. Tidak kurang dengan itu, kos pembelajaran juga lebih murah berbanding swasta. Akan tetapi, peluang kemasukan adalah sangat terhad dan sangat mencabar. Pelajar yang terbaik sahaja akan dipilih mengikut keputusan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka. Tetapi, ada juga universiti awam yang sangat meningkat naik tetapi tahap kelayakannya tidak begitu tinggi dan boleh dilepasi oleh ramai pelajar. Pilihan di tangan ibu bapa untuk berbincang dan memberi laluan mana kepada anak mereka.

Universiti Swasta

Photo by Anastasiya Gepp from Pexels

Universiti swasta terbaik di Malaysia ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP). Selain itu, ada berpuluh universiti swasta yang terbaik boleh menjadi pilihan pelajar. Bagi universiti swasta mereka menawarkan jurusan yang sangat banyak dan pelbagai dan ia menjadi kelebihan dan mudah untuk pelajar membuat pilihan. Syarat kelayakan juga sangat mudah dan cepat.

Bagi yang berkemampuan sangat disyorkan untuk melalui university swasta. Tetapi untuk yang tidak berkemampuan dan tidak melepasi kelayakan universiti awam boleh juga membuat pinjaman pelajaran dengan agensi yang berkaitan. Memang pelajar akan menanggung kos yang tinggi, tetapi jika mereka berjaya mendapat keputusan cemerlang, skim pinjaman tersebut boleh bertukar kepada biasiswa.

Di sini, kita boleh membuat perbandingan dan pilihan sama ada universiti awam atau swasta yang terbaik untuk anak kita, diri kita atau ahli keluarga kita. Semoga berjaya!


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.