“Kot Ye Pun Takde ‘Job’..” – Waris ‘Rap’ Dalam Majlis Agama, Jelas Muka-Muka Ustaz Tak Selesa

1 Apr 2022 • 2:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaharu, tular sebuah video di platform Facebook memaparkan seorang penyanyi rap dari Negeri Sembilan iaitu Waris menyanyikan sebuah lagu rap dalam majlis agama.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana jelas terpampang raut wajah ustaz-ustaz di situ berasa kurang selesa dengan persembahan penyanyi itu kerana dianggap kurang sesuai.

Melihat dari video yang dimuat naik oleh seorang pengguna itu, seorang ustaz menundukkan kepalanya sambil dipegang, manakala yang lain pula tercengang melihat Waris.

Didapati video yang baru saja dimuat naik beberapa jam yang lalu telah mendapat perhatian ramai, sehingga ditonton sebanyak 50,000 kali dan lebih 400 komen dari netizen yang ditinggalkan di ruangan komen.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, hampir kesemua netizen meninggalkan komen berunsur kecaman terhadap penyanyi rap itu kerana berasa ia sememangnya tidak sesuai untuk dilakukan, lagi-lagi berada di majlis agama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Mana Inti Weh?" - Disangka Kena 'Scam' Beli Pau Mantou Kosong, Netizen Ajar Cara Makan Sebenar