Penggunaan MySejahtera Mungkin Dimansuhkan Dalam Beberapa Bulan – Sekiranya Keadaan Kes Stabil

TechnologyDigital
30 Mar 2022 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
MySejahtera

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan kini menyatakan penggunaan aplikasi MySejahtera mungkin akan dimansuhkan dalam masa beberapa bulan lagi sekiranya keadaan kes di negara ini sudah stabil.

Perkongsian ini dilakukan selari ketika menyetuh berkaitan dengan aplikasi MySejahtera yang hangat diperkatakan ketika ini.

image is not available

Aplikasi MySejahtera digunakan dalam mengesan kontak rapat kes positif Covid-19, selain turut digunakan dalam menjadi rujukan sijil vaksin para pengguna. Beberapa ciri tambahan turut disediakan pada aplikasi MySejahtera, termasuk seperti tempahan temujanji klinik dan sebagainya.

KKM buat masa ini menggunakan aplikasi MySejahtera untuk tujuan kesihatan awam, dan kementerian berkenaan juga tahu bila hendak hentikan penggunaan aplikasi berkenaan – dan turut ditekankan ia bukan semata untuk mengetahui pengguna pergi ke mana.

image is not available

Sebelum ini turut terdapat cadangan mengatakan aplikasi MySejahtera mampu diperluaskan menjadi “Super App” meliputi e-dagang, pendidikan dan sebagainya.