Google Chrome 100 Kini Sedia Dimuat-Turun – Hadir Dengan Logo Baru, Ciri-Ciri Dikemaskini

TechnologyDigital
30 Mar 2022 • 12:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Chrome Baru

Google kini telah mula menawarkan kemaskini pelayar web Chrome, iaitu versi Chrome 100 untuk pengguna di desktop dan juga Android. Melaluinya, Google menyertakan sejumlah kemaskini sekuriti, serta beberapa pembaharuan baharu.

Salah satu perkara yang kini mungkin ramai perasan adalah penggunaan logo baharu untuk Google Chrome.

image is not available

Disamping itu, untuk pengguna Chrome pada Android, ia juga turut membuang mod penjimatan data, “Data Saving-Mode” atau “Lite Mode”. Ciri lain yang turut disertakan adalah pemberitahuan amaran sekiranya ada tertekan penutupan semua tab secara serentak.

image is not available

Di desktop pula, ia menawarkan perlindungan tambahan dengan melakukan semakan keselamatan, disamping turut memudahkan anda mengawal akses lokasi dan peranti di sesuatu laman web.

image is not available

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, boleh mengemaskini pelayar web di desktop dan peranti mudah-alih, sekaligus menikmati ciri-ciri baharu yang disertakan.