Rekaan Sony Xperia 1 IV Tertiris – Mengekalkan Elemen Rekaan Sony

TechnologyDigital
1 Mar 2022 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telefon pintar Sony sering hadir dengan rekaan yang eksklusif – dan tidak meniru rekaan seumpama kebanyakkan pengeluar di pasaran hari ini. Walaupun jualan peranti Sony tidak begitu tinggi, pengeluar dari Jepun berkenaan masih memfokuskan kepada penawaran premium mereka, dan sedang dalam persiapan memperkenalkan Sony Xperia 1 IV pada tahun ini.

image is not available

Terkini, gambar tertiris hadir melalui GizNext, memperlihatkan Sony dalam persiapan untuk pelancaran telefon mercu terbaru mereka. Xperia 1 IV dilihat masih mengekalkan pelbagai elemen rekaan Sony, dan menyerupai Xperia 1 III sebelum ini.

Ia hadir dengan rekaan skrin pipih, binaan yang tampak kukuh, selain sebuah kamera swafoto yang diletakkan pada bahagian bingkai atas.

image is not available

Xperia 1 IV dilihat menggunakan pengecas berasaskan USB-C dibawah selain bicu audio 3.5mm di bahagian atas. Pada bahagian tepi, pengimbas cap jari turut disertakan bersama butang kuasa.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Sony akan memperkenalkan Xperia 1 IV ini. Mungkinkah kita akan melihatnya pada April atau Mei kelak?