Selangor Lion juarai liga bola tampar, raih hadiah RM20,000

15 Mar 2022 • 5:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 MAC: Pasukan Selangor Lion berjaya menjuarai Kejohanan Liga Bola Tampar Malaysia 2022 sekali gus meraih wang tunai RM20,000 dan pingat, selepas menewaskan Sabah Rhino Ahad lalu.

Majlis Bandaraya Shah Alam dalam kenyataan hari ini berkata Sabah Rhino meraih hadiah RM10,000 dan pingat manakala tempat ketiga, Putrajaya Hawk dan keempat iaitu Bomba Dragon masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 dan RM4,000 beserta pingat.

“Kejohanan ini bertujuan melahirkan generasi belia yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan.

“Ia juga turut menggalakkan gaya hidup sihat pasca Covid-19 dan menjadi platform untuk memperkenalkan bandar raya Shah Alam sebagai bandar raya sukan,” katanya.

Selain itu, MBSA juga berharap kejohanan ini dapat mencungkil bakat baru dalam sukan bola tampar untuk diketengahkan di pertandingan kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari. Hadir sama, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Zamani Mansor dan Presiden Mava Hean Boon Yeow.

Liga Bola Tampar 2022 itu berlangsung dari 8 Mac hingga 13 Mac lalu di Dewan Bola Tampar Seksyen 4, Shah Alam.

Kejohanan itu disertai lapan pasukan iaitu Selangor, Johor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved